12 Tips tangani Stress

Apa itu Stress?
Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.
Bagaimana Mengurus Masa

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..”
Maksud Surah Al Asr
Sesaat anda dilahirkan hinggalah saat anda dikebumikan, kita semua sentiasa dalam perlumbaan. Berlumpa dengan siapa? itulah.. MASA.
Pernah dengar ? Masa itu ibarat pedang... Kalau anda tidak memotongnya, andalah yang akan dipotong.
Sama-sama kita praktikkan.. sebab saya pun merupakan seorang penuntut dan juga pekerja... mmg kena pada tempat dan masanya.