12 Tips tangani Stress

Apa itu Stress?
Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.
6 Cara Mekarkan CINTA Jarak Jauh

Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Perumpamaan itu mungkin ada benarnya terutama bagi pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan. Demi kerjaya dan mencari rezeki, semuanya terpaksa dijalani dengan penuh tabah. Namun, jangan sesekali membiarkan cinta jarak jauh ini menjejaskan perhubungan. Tip ini diharap dapat membantu pasangan suami isteri menghangatkan hubungan meski pun berjauhan.
Amalan Sebelum Tidur – Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

Salam Maulidur Rasul... 1431 Hijrah.
Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.
Bagaimana Mengurus Masa

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..”
Maksud Surah Al Asr
Sesaat anda dilahirkan hinggalah saat anda dikebumikan, kita semua sentiasa dalam perlumbaan. Berlumpa dengan siapa? itulah.. MASA.
Pernah dengar ? Masa itu ibarat pedang... Kalau anda tidak memotongnya, andalah yang akan dipotong.
Sama-sama kita praktikkan.. sebab saya pun merupakan seorang penuntut dan juga pekerja... mmg kena pada tempat dan masanya.
Antara Lelaki & Perempuan
![symbol-sign-male-female[1]](http://www.anuarmustaffa.com/wp-content/uploads/2010/02/symbol-sign-male-female1-300x300.png)
Sekadar berkongsi...
BOOK REVIEW hari ini, pendapat daripada Pakar Motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ..... sekadar renungan bersama daripada Dr. HM Tuah... semoga kita saling memahami antara satu sama lain..
Kata Dr. HMTuah, Syukurlah walau siapa dan apa pun yg Allah jadikan kita… lelaki atau perempuan.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. yang penting pandai menggunakan kelebihan dan kekurangan tersebut demi untuk kepentingan bersama…. Bukan untuk diri sendiri sahaja… kerana kita hidup bukan bersendirian…