AnuarMustaffa blogging… sharing is caring

5Jun/100

Tempat Letak Handphone

creatif

Salam Blogger,

Malam tadi tengah boring-boring, terlintas nak cari aksesori handphone kat lelong.com untuk nak letak handphone atas meja atau dalam omputehnyer handphone stand. Sambil browse internet terjumpa la link pasal Top 5 Handphone Stand. Rupa-rupanya banyak idea kreatif yang boleh dipakai untuk tujuan meletak handphone tanpa mengeluarkan duit sesen pun. Hanya menggunakan barangan terpakai je, dan yang paling menarik sekali dengan hanya menggunakan sehelai kertas.

Okey, bagi yang tak sabar-sabar lagi nak meng'keras'tangankan idea ini, jom tengok youtube di bawah.

22Feb/100

Renew Driving License dengan MyEG

one_click

Anak-anak alaf baru sekarang memang betul-betul beruntung kerana di lahirkan dalam keadaan semuanya serba canggih dah mudah. Dengan kecanggihan ni, dapatlah ibu bapa diorang menguruskan segala mala hal dengan lebih baik juga. Hampir semua kerja boleh dilakukan dengan hanya petik jari sahaja, atau dengan kata lain dengan hanya beberapa klik tetikus. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, yang paling canggih setakat kenal kalkulator je. Nak pegang komputer apatah lagi, dengar tetikus pun janggal semacam.