AnuarMustaffa blogging… sharing is caring

27Feb/100

Tukar Blog kepada CMS

opensourceCMS

Aktiviti blogging semakin mudah dan menarik, tiap-tiap hari pelbagai rupa blog yang kita akan jumpa dan jumlahnya makin lama makin berkembang biak. Kadang-kadang boring gak, tengok layout yang sama sahaja.  Sedikit sebanyak, mesti kita boleh perasan kebanyakkan blog mempunyai ciri-ciri antaramukanya yang tersendiri, antaranya mempunyai sidebar kiri dan kanan atau kiri sahaja mahupun kanan sahaja. Dan di tengah-tengahnya adalah isi (content).

Jadi, kalau terasa nak beralih angin, tak boleh ke ?. Tahukah anda, dengan menggunakan wordpress, kita boleh ubah layout blogging kepada layout yang lebih mirip kepada CMS (Content Management System). Kat Google, kita boleh cari pelbagai tutorial macam mana nak melakukan perubahan ini, tetapi nak melaksanakan tutorial tu mungkin agak teknikal sedikit.

Untuk permulaan, boleh guna themes yang sedia ada di dalam wordpress. Caranya, pergi kepada "Add New Themse" dan masukkan "Producer" dalam carian.

Install themes "Producer" seperti biasa dan rujuk tutorial yang ada di laman web.

Selamat Mencuba...

Tagged as: , , No Comments
20Feb/1011

Salam Dunia Blogging

blog_logo1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, Ini adalah posting pertama tama kalinyer dalam blog yang dinamakan dengan nama sendiri.  Memang betul-betul rasa teruja je ada hosting sendiri ni. Macam baru lahir ke dunia. Itulah dunia blogging.

Semuanya bermula pagi tadi lagi. Dari proses daftar, bayar, activate dan akhirnya baru sekarang dapat mulakan posting yang pertama ni.