AnuarMustaffa blogging… sharing is caring

22Feb/100

Renew Driving License dengan MyEG

one_click

Anak-anak alaf baru sekarang memang betul-betul beruntung kerana di lahirkan dalam keadaan semuanya serba canggih dah mudah. Dengan kecanggihan ni, dapatlah ibu bapa diorang menguruskan segala mala hal dengan lebih baik juga. Hampir semua kerja boleh dilakukan dengan hanya petik jari sahaja, atau dengan kata lain dengan hanya beberapa klik tetikus. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu, yang paling canggih setakat kenal kalkulator je. Nak pegang komputer apatah lagi, dengar tetikus pun janggal semacam.

Kalau zaman sekarang tahap kesenangan tu dah terlalu baik, agak-agaknya macam manalah keadaannya kecanggihan ketika anak-anak ni dah dewasa nanti. Mestilah lagi gempak… Harap-harap masa tu dunia masih lagi aman supaya semua kecanggihan ini dapat dinikmati.

Cerita pasal kemudahan dengan beberapa klik tetikus ni, aku sendiri teramat-amat bersyukur sebab ianya telah mendatangkan manfaat secara langsung kepada diri sendiri. Kata orang, kalau tak rasa sendiri, memang tak lengkap bila nak bercerita.

Alkisahnya, lepas balik dari solat Jumaat minggu lepas aku baru teringat yang lesen memandu aku akan expired keesokannya, dahlah esok tu aku dah memang plan nak turun KL. Nak pergi Pejabat Pos memang dah tak sempat. Tapi, nasib baiklah ada member ofis yang senasib (lesen expired), tapi dia dapat solution yang bijak dan tepat. Itulah, perbaharui lesen memandu secara online, lesen akan dihantar ke rumah.
Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba perkhidmatan ini, bolehlah jenguk-jenguk di laman web MyEG. Kat sini ada banyak lagi servis selain dari perbaharui lesen memandu, antara yang popular ialah semak saman.

  • Langkah 1: Pergi ke laman MyEG

  • Langkah 2: Klik hyperlink “BAHARUI LESEN MEMANDU”
  • Langkah 3: Isi segala butir-butir yang berkaitan. Yang penting kat sini, perlu dinyatakan tarikh luput lesen lama. Kalau nak renew untuk diri sendiri, tentu tak jadi masalah nak semak sendiri, tapi bagaimana kalau nak tolong renew untuk orang lain contohnya untuk wife, husband, adik, atau sesiapa. Korang boleh semak je kat laman JPJ [klik], hanya perlu nyatakan nombor kad pengenalan.
  • Langkah 4: Step seterusnya ialah pembayaran, ada pilihan kaedah pembayaran samada nak buat menggunakan kad kredit, MyEG Prepaid atau pun FPX / e-Debit.

  • Langkah 5: Setelah melalui step-step tu semua, akhir sekali korang cetak la slip renewal tu, sebagai bahan bukti sementara lessen memandu tu dihantar ke pintu rumah. Senang bukan.
  • Langkah 6: Congak kembali, Kos (Kalau tempoh 1 tahun): RM30 + RM2 + RM5 = RM37.00

Jimat minyak, jimat duit parking, jimat masa... nak apa lagi..

p/s: elakkan memandu kalau lesen dah mati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment

(required)

CommentLuv badge

No trackbacks yet.