AnuarMustaffa blogging… sharing is caring

28Feb/100

Gempa di Chile: Amaran tsunami di Chile, Peru dan Ecuador.

CHILE QUAKE FIX

WASHINGTON: Pusat Amaran Tsunami Pasific Amerika Syarikat sebentar tadi mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami melanda Chile dan Peru berikutan gempa kuat 8.3 magnitud di perairan Lautan Pasifik di Chile, hari ini.

Pusat gegaran berikutan kejadian gempa jam 3.34 pagi waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia) itu terletak di 91 kilometer (km) di utara bandar Concepcion di Chile dan 110km dari barat daya Talca, juga di Chile, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat.

27Feb/100

Tukar Blog kepada CMS

opensourceCMS

Aktiviti blogging semakin mudah dan menarik, tiap-tiap hari pelbagai rupa blog yang kita akan jumpa dan jumlahnya makin lama makin berkembang biak. Kadang-kadang boring gak, tengok layout yang sama sahaja.  Sedikit sebanyak, mesti kita boleh perasan kebanyakkan blog mempunyai ciri-ciri antaramukanya yang tersendiri, antaranya mempunyai sidebar kiri dan kanan atau kiri sahaja mahupun kanan sahaja. Dan di tengah-tengahnya adalah isi (content).

Jadi, kalau terasa nak beralih angin, tak boleh ke ?. Tahukah anda, dengan menggunakan wordpress, kita boleh ubah layout blogging kepada layout yang lebih mirip kepada CMS (Content Management System). Kat Google, kita boleh cari pelbagai tutorial macam mana nak melakukan perubahan ini, tetapi nak melaksanakan tutorial tu mungkin agak teknikal sedikit.

Untuk permulaan, boleh guna themes yang sedia ada di dalam wordpress. Caranya, pergi kepada "Add New Themse" dan masukkan "Producer" dalam carian.

Install themes "Producer" seperti biasa dan rujuk tutorial yang ada di laman web.

Selamat Mencuba...

Tagged as: , , No Comments
27Feb/101

Amalan Sebelum Tidur – Wasiat Rasulullah Untuk Wanita

maulidurrasul

Salam Maulidur Rasul... 1431 Hijrah.

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

25Feb/100

Memasang PageNavi WordPress

wp-pagenavi

Ikuti langkah-langkah untuk memasang paging di dalam blog wordpress anda. Tapi, suka saya ingatkan yang sebahagian langkah-langkah ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai hosting sendiri.

25Feb/101

Bagaimana Mengurus Masa

time_image

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran..”

Maksud Surah Al Asr

Sesaat anda dilahirkan hinggalah saat anda dikebumikan, kita semua sentiasa dalam perlumbaan. Berlumpa dengan siapa? itulah.. MASA.
Pernah dengar ? Masa itu ibarat pedang... Kalau anda tidak memotongnya, andalah yang akan dipotong.

Sama-sama kita praktikkan.. sebab saya pun merupakan seorang penuntut dan juga pekerja... mmg kena pada tempat dan masanya.

Page 7 of 8« First...45678