Tips lajukan Firefox 5
Antara pelayar internet yang paling popular disamping Internet Explorer (datang secara default denganokouhjjjhhhjgdjhuhjjhhhhhhhhaaaaaaaa
ScbdaaAAZAAAAAA windows), ialah pelayar Firefox. Versi terkini Firefox ialah 5.0
Kali ini saya kongsikan tips untuk melajukan pelayar internet Firefox 5.0 supaya anda dapat melayari internet dengan cepat dan tanpa masalah hanging... Insyaallah.
- Taipkan "about:config" pada ruang address
- Firefox akan memaparkan mesej seperti di bawah, Klik pada butang tersebut.
- gunakan Filter untuk mengubah nilai parameter seperti di bawah.
a. Set “network.http.max-connections” : 64
b. Set “network.http.max-connections-per-server” : 21
c. Set “network.http.max-persistent-connections-per-server” : 8
d. Set “network.http.pipelining” : true
e. Set “network.http.pipelining.maxrequests” : 100
f. Set “network.http.proxy.pipelining” : true
Sekian, selamat mencuba
Vistaku
Dalam tempoh 3 bulan yang lepas, dah berbelas kali laptop Asus saya kena format disebabkan sistem pengoperasiannya yang tak berapa stabil, asyik-asyik hang memanjang.
Sepanjang tempoh berkenaan, memang memenatkan sebab setiap kali kena format, pelbagai software nak kena install semula. Nasib baik laptop ada 2 partition dan semua data-data penting tersimpan selamat dalam partition D.
So, ada beberapa tips dan pengajaran yang boleh saya kongsikan di sini.
1. Pastikan ada partition backup
2. Asingkan partition sistem pengoperasian dan partition data berkaitan kerja anda
3. Beli satu hardisk external yang besar untuk tujuan backup sekiranya hardisk anda tidak boleh diselamatkan langsung. Kerana partition yang banyak pun tidak berguna kalau hardisk rosak sepenuhnya
4. Pastikan windows update dijalankan setiap kali selesai install sistem pengoperasian
5. Salah satu windows update yang wajib ialah SP (service pack), pastikan yang terkini mengikut sistem pengoerasian yang digunakan
6. Banyakkan. Bersabar...
Buka command prompt ikut folder Microsoft Vista secara Pantas
Kali ni nak berkongsi sedikit tips berkaitan penggunaan Sistem Pengoperasian Windows Vista. Bagi mereka yang sentiasa bergelumang dengan penggunaan komputer atau laptop kat pejabat, mesti sekali sekala akan menggunakan Command Prompt kat Windows. Paling tidak pun, nak ping IP Address atau pun menyemak hostname PC.
Mobile Plugin untuk Blog WordPress
Salam 1Malaysia,
Blog AnuarMustaffa.com sekarang sudah mesra Mobile Browser. Sekiranya tidak berkesempatan mengadap komputer atau laptop di rumah mahupun di pejabat, anda masih boleh melayari AnuarMustaffa.com menggunakan browser dari handphone sahaja. Semuanya dengan pertolongan plugins wordpress yang sedia dimuat turun pada bila-bila masa sahaja secara percuma.
Tukar Blog kepada CMS
Aktiviti blogging semakin mudah dan menarik, tiap-tiap hari pelbagai rupa blog yang kita akan jumpa dan jumlahnya makin lama makin berkembang biak. Kadang-kadang boring gak, tengok layout yang sama sahaja. Sedikit sebanyak, mesti kita boleh perasan kebanyakkan blog mempunyai ciri-ciri antaramukanya yang tersendiri, antaranya mempunyai sidebar kiri dan kanan atau kiri sahaja mahupun kanan sahaja. Dan di tengah-tengahnya adalah isi (content).
Jadi, kalau terasa nak beralih angin, tak boleh ke ?. Tahukah anda, dengan menggunakan wordpress, kita boleh ubah layout blogging kepada layout yang lebih mirip kepada CMS (Content Management System). Kat Google, kita boleh cari pelbagai tutorial macam mana nak melakukan perubahan ini, tetapi nak melaksanakan tutorial tu mungkin agak teknikal sedikit.
Untuk permulaan, boleh guna themes yang sedia ada di dalam wordpress. Caranya, pergi kepada "Add New Themse" dan masukkan "Producer" dalam carian.
Install themes "Producer" seperti biasa dan rujuk tutorial yang ada di laman web.
Selamat Mencuba...

