Tahniah Harimau Muda
Semalam menyaksikan kemenangan pasukan negara mengalahkan pasukan Indonesia.
Tahniah !!!
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat menyambut Aidiladha saya ucapkan kepada semua. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan balik ke kampung. Jaga keselamatan diri dan keluarga di jalan raya dan juga awasi pergerakan anak-anak kecil di waktu musim hujan sekarang ini.
Jumpa lagi selepas raya nanti, Insyaallah.
Tips lajukan Firefox 5
Antara pelayar internet yang paling popular disamping Internet Explorer (datang secara default denganokouhjjjhhhjgdjhuhjjhhhhhhhhaaaaaaaa
ScbdaaAAZAAAAAA windows), ialah pelayar Firefox. Versi terkini Firefox ialah 5.0
Kali ini saya kongsikan tips untuk melajukan pelayar internet Firefox 5.0 supaya anda dapat melayari internet dengan cepat dan tanpa masalah hanging... Insyaallah.
- Taipkan "about:config" pada ruang address
- Firefox akan memaparkan mesej seperti di bawah, Klik pada butang tersebut.
- gunakan Filter untuk mengubah nilai parameter seperti di bawah.
a. Set “network.http.max-connections” : 64
b. Set “network.http.max-connections-per-server” : 21
c. Set “network.http.max-persistent-connections-per-server” : 8
d. Set “network.http.pipelining” : true
e. Set “network.http.pipelining.maxrequests” : 100
f. Set “network.http.proxy.pipelining” : true
Sekian, selamat mencuba
Vistaku
Dalam tempoh 3 bulan yang lepas, dah berbelas kali laptop Asus saya kena format disebabkan sistem pengoperasiannya yang tak berapa stabil, asyik-asyik hang memanjang.
Sepanjang tempoh berkenaan, memang memenatkan sebab setiap kali kena format, pelbagai software nak kena install semula. Nasib baik laptop ada 2 partition dan semua data-data penting tersimpan selamat dalam partition D.
So, ada beberapa tips dan pengajaran yang boleh saya kongsikan di sini.
1. Pastikan ada partition backup
2. Asingkan partition sistem pengoperasian dan partition data berkaitan kerja anda
3. Beli satu hardisk external yang besar untuk tujuan backup sekiranya hardisk anda tidak boleh diselamatkan langsung. Kerana partition yang banyak pun tidak berguna kalau hardisk rosak sepenuhnya
4. Pastikan windows update dijalankan setiap kali selesai install sistem pengoperasian
5. Salah satu windows update yang wajib ialah SP (service pack), pastikan yang terkini mengikut sistem pengoerasian yang digunakan
6. Banyakkan. Bersabar...
Jerubu datang lagi
Jerubu datang lagi. Keadaan sekarang agak teruk gak. Hinggakan nak bernafas pun, terasa habuk masuk dalam rongga hidung ni. Kerongkong pun dah start rasa perit.. Tak lama lagi mesti datang batuk lak.
Okey, jom kongsi petua yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan disaat masa ni:
1. Banyakkan minum air suam
2. Kurangkan aktiviti luar rumah, terutamanya aktiviti fizikal
3. Kalau naik kereta, jangan buka tingkap.
4. Gunakan topeng.
5. Samb...

