AnuarMustaffa blogging… sharing is caring

14Mar/1037

Cara Betul Makan Madu Lebah

madu_lebah_liar

Siapa tak tahu dengan madu lebah yang memang terbukti khasiatnya sejak turun temurun lagi. Tidak kira dari ceruk dunia mana pun, pasti ada saje masyarakat yang mengamalkan pengambilan madu lebah.

Tentang betapa hebatnya madu lebah ni, jangan kita lupa yang dalam Al-Quran ada surah khas dengan nama lebah, itulah Surah Al-Nahl. Sebenarnya, pada lebah tu ada banyak kebaikan yang boleh kita ambil dan pelajarinya. Sudah la madunya mendatangkan khasiat, cara kehidupan lebah pun kita boleh ambil pengajaran, cuma kita perlu berfikir sahaja.

Tahun lepas saya sempat pergi satu macam perjumpaan pasal nak menerangkan tentang kebaikan Madu Lebah Tualang. Seperti biasa, dalam perjumpaan itu diterangkan khasiat madu lebah yang rasanya semua orang dah tahu. Kalau masih tak tahu, boleh je cari kat google, pasti jumpa.

Apa saya nak kongsikan ialah cara betul untuk kita mengamalkan madu lebah, ini adalah hasil penerangan yang saya dapat semasa menghadiri perjumpaan tu.

Kata penceramah tu, selalunya orang makan madu ni dengan cara minum terus dengan sudu (plastik), tapi itu adalah cara yang tidak betul. Cara yang sebetulnya ialah dengan meminum madu bersama-sama dengan segelas air yang suam-suam kuku.

Ambil segelas air yang suam-suam kuku. Kemudian masukkan 2 sudu madu lebah dan kacau dengan sebati dan terus minum seperti biasa. Itulah cara yang paling elok dan baik.

Memang selama ni saya makan madu lebah dengan cara tuangkan ke dalam sudu, pastu terus telan macam tu saje. Seperti yang semua orang tahu, madu ni memang manis giler-giler sampai ke otak. Itu sebabnya, kalau beli sebotol madu tu, ambil masa berbulan-bulan nak abiskan sebab tak sanggup nak mengamal pemakanannya, manis sangat-sangat. Walhal madu ni elok diamalkan tiap-tiap hari.

Lepas dah tahu teknik yang betul ni, baru la saya boleh amalkan tiap2 hari dengan selesa. Dengan teknik ni, kita boleh jadikan sebagai minuman harian. Kata penceramah tu lagi, budak-budak sekolah elok gunakan cara ni, tiap-tiap hari pergi sekolah bawa bekal air yang dicampur dengan madu lebah. Insyaallah.. akan bertambah geliga otak tu.

Penceramah tu sempat berkongsi, pasal kerugian masyarakat kita sekarang yang tidak lagi mengamalkan pengambilan madu lebah ni, terutama sekali generasi muda kita. Sedangkan, madu lebah merupakan sebaik-baik ubat/penawar yang Allah anugerahkan kepada manusia.

Okey, semoga anda dapat manfaat dari cerita ini... selamat beramal...

Comments (37) Trackbacks (0)
  1. salam cuti,,
    mencri ilmu d sini..terima ksh ats sokongan anda thdp blog CC..
    terima kasih kawan atas sumber ilmu tersebut,yelah slunya mmg orang bt begitu.tapi bila nuwa dah berikan tatacaranya bgi maka tak salah kiranya suri pun nak mencuba skli. bukan apa sb secra kbtulan kt umah ni pun ada madu lbh..
    .-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

    [Reply]

  2. smlam dh buat rasa sedap..tapi amik sdkit je sb dia manis low..
    .-= Surihati_ku´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

    [Reply]

    nuwa Reply:

    Madu lebah mmg manis kalau makan direct mcm tu.
    Manisnya terasa sampai ke otak, kadang2 tu macam serik lagi nak makan.

    tapi, kalau guna kaedah ni.. Ibarat mcm kita minum air tiap2 hari. Bolehlah di amalkan 3 kali sehari semalam. Pagi, Tenghari, Malam.
    .-= nuwa´s last blog ..Cara Betul Makan Madu Lebah =-.

    [Reply]

    sam Reply:

    kalau minum madu lebah tak ada campuran ok tak,mungkin efeknya bagus lagi daripada dicampur sama air…..thanks

    [Reply]

    A.M Reply:

    effect dari segi kepekatan madu tu..
    tapi, lepas minum madu.. mesti nak minum air pulak..
    macam makan ubat.. gitu..

  3. suka juga makan madu lebah ni, cuma heran bila makan je perut mesti memulas….perut tak sesuai ke ni..huhuhu :D
    .-= etomyam´s last blog ..Popular Educational Quotes of the day =-.

    [Reply]

    A.M Reply:

    antara khasiat madu lebah ialah memperelokkan sistem penghadaman tubuh. Tu mungkin kesan pemulihan awal kot.
    .-= A.M´s last blog ..Ilmu Ikhlas =-.

    [Reply]

    suri Reply:

    mungkin ia tegah cuci sistem perut kita kot??huhu..
    .-= suri´s last blog ..Peringatan Buat Diriku & Kaum Hawa.. =-.

    [Reply]

  4. owhh begitu…selalu aku makan begitu saja atau sapu pada roti…
    kalau larutkan dalam air, hilanglah kemanisan madu tu…x best la..

    [Reply]

  5. salam sahabatku..
    madu lebah mmg sdp tapi tulah manis ya ampun..huhu..suri cuma lalu makan krismis je pagi2 huhu :)

    [Reply]

  6. ada juga yang jual madu tiruan..
    .-= Mus´s last blog ..Hai Uncle! Yang Ni ORI ke PALSU? =-.

    [Reply]

  7. o..makan macam tu yek. Bagus boleh diamalkan nih…selalu bagi pakai sudu anak tak nak sebab dia ingat ubat. lps nie bagi dgn air je.

    [Reply]

    A.M Reply:

    kalau ada anak yg dah sekolah. Boleh je bagi bekal air masak dicampur dengan madu.

    [Reply]

  8. Nak tahu keberkesanan khasiat madu lebah ? anda kena cuba dulu….

    [Reply]

  9. aku ni baru hari ni try nak minum madu lebah,sudah ku beli……tapi jikalau aku minum tanpa dicampur sama air apa mendatangkan efek atau tidak,mungkin tak ada campuran efeknya bagus…..

    [Reply]

    A.M Reply:

    madu + air ni sesuai dipraktikkan time kita bawak bekal air ke ofis atau pun anak-anak nak gi sekolah. So, any time boleh minum tanpa masalah nak bawa sudu… hanya teguk mcm air mineral je.

    [Reply]

  10. madu oh madu,manis sekali diminum….aku nak kuruskan badan…

    [Reply]

    A.M Reply:

    selamat berjaya… tapi ikut pengalaman sy. kalau makan madu ni, selera makan makin bagus.. hehe..

    [Reply]

  11. Salam Anuar mustaffa.
    Tepat sekalai penjelasanyang diberikan. Sesungguh nya masyarakat islam kita dalam kerugian. Sabda nabi dan firman allah yang terang lagi jelas susah nak pakai..PENING KEPALA ja..pekataan pertama sure ” Ada PANADOL tak” . Bukannya ingat Allah dulu..panadol tak Ok gie klinik ..klinik tak OK juga..pi pakar..Bila pakar pun tak boleh buat apa dan ckp tiada harapan.baru tadah tangan..minta pada ALLAH baru cari madu.. jadi saya berseru pada semua muslimin dan uslimat kembali lah pasa sunnah yang mulia.. 3 pagi dlm sebulan kita jilat madu / minum madu nescaya tak akan kena penyakit yang merbahaya..kata nabi kita.. so relek jer..dengan HINI ker..apa apa yang selalu orang heboh hebohkan tu…

    [Reply]

  12. Cara Paling terbaik kita minum madu ialah yang di amal kan oleh rasul junjungan kita.. madu dan habbatussauda diambil 2X sehari ketika bangun dari tidur dan sebelum tidur..masukkkan 1sudu teh dlm gelas yang berisi air suam suam kuku kacau arah lawan jam selawat 3 kali dan niat amalkan sunnah. setiap penyakit dari Nya dan yang akan menyembuhkan pun allah jualah..

    Selamat Mencuba

    [Reply]

    isteri Reply:

    alhamdulillah..inilah yg kami suami isteri amalkan sejak berkahwin 2 thn ni.
    Tp, smlm yg mbengangkan sy, tiba2 mertua tegur suami, katanya bahaya kerap mkn madu selalu, risiko tulang reput bila tua nnti..(mertua dpt tahu dari ceramah msa dia muda2 dulu, seorang doktor produk homeopati(telah meninggal) yg mmg tkenal skrg ni.
    Kenapa setelah 2 thn lbih kami amalkn skrg baru nk tegur??? tu yg sy dok survey2 kt internet ni, susah kami nk percaya ckp mertua tu. Bagi kami, madu + habbatusauda mmg penawar terbaik! (dgn kehendak ALLAH)

    [Reply]

  13. Terima kasih atas penerangan.
    sy ingin mengamalkan dalam seharian kehidupan…

    [Reply]

    A.M Reply:

    Semoga amalan meminum madu dapat dikekalkan.

    [Reply]

  14. salam..

    sy baru saja cuba mengamalkan minum madu lebah.sy bali di hatyai..apa yang sy rasa sekarang ia rasa kenyang dan sy mudah lena..alhamdulillah sy nak amalkan selalu..

    [Reply]

    A.M Reply:

    Alhamdullillah… Segala puji bagiNya

    [Reply]

  15. org kata kalau batuk.. minum madu dicmpur dgn perahan limau nipis dilarutkan dlm air suam…… tp dh try tiap2 hari x ok2 pn batuk ni… emmm yg tau lps ambik madu.. sure perut memulas nk membuang.. emmm batuk x jgk ok… ade pndapat x kwn2..???

    [Reply]

    A.M Reply:

    Selain tu, pengambilan air kosong kena banyak juga. Antara lain petua nak hilangkan batuk, boleh juga cuba kemam gula batu.. Tgk la macam mana.

    Skrg ni mmg tgh musim panas… Mmg kena banyak minum air.. Supaya dapat menggantikan air yang keluar dari badan.

    [Reply]

  16. faedah madu mmg banyak..apa yg dinyatakan diatas mmg ada betulnya…tp yg menjadi masalh ialah mencari madu asli..kebanyakkan dipasaran malah yg dijual oleh penduduk kg ada yg xasli…mmg sukar utk membezakan madu asli atau tak…tp bg yg sentiasa minum dan menjadi amaln harian akan tau asli ke tidak dengan sendirinya. keluarga saya mmg amal minum madu kerana keturunan kami ada penyakit asma/lelah bermula dr atuk..ayah dan skrg kakak, kakak saya mmg amal minum madu selama 8 thn kerana dia yg paling teruk, untuk mengelak dr bekalan terputus kami terus dapatkan dr pencari madu bukan lg digerai2 tepi jln, kami katakan padanya mahal pun tidak menjadi masalah yg penting kami mahukan original, sejak itu kami dpt madu asli dr pencari madu di kg n kg berdekatan, kami ada 3 pembekal madu…ada madu hutan pantai(pokok Gelam) madu nipah…madu hutan bukit, rasanya berbeza mengikut kawansan dan musim…ada musim bunga kembang n bunga kudup, bunga kudup rasa skit payau sbb bunga blum betul2 kembang/masak…begitu juga musim hujan atau panas..musim panas madu lebih manis n musim hujan skit tawar tp tetap juga manis….bnyak lg saya nak terang tentang madu tp ruang nie kecil…saya amat berterima kasih pada pencari madu, untuk membalas budinya saya berjanji untuk menolongnya menjual madunya dan dpt untung skit2, madunya tidak ada jenama sbb org kg yg cari dan hanya dalam botol minuman sahaja…. kepada yg berminat utk mngetahui lebih lanjut boleh berhubung dgn saya di 0193089906

    [Reply]

    A.M Reply:

    Sesiapa yang berhajat, boleh lah berhubung yer…

    [Reply]

  17. bila masa yang sesuai untuk ambil madu ni..berapa kali sehari..pastu, ada yang cakap kalau makan madu tak leh guna sudu besi ..betul ke..kenapa ye..

    [Reply]

    A.M Reply:

    Biasanya sy makan semasa awal pagi masa breakfast @ masa sebelum tidur pun boleh.

    Kenapa tak boleh guna sudu besi…
    sy tak pasti sebab yg sebetulnya. Setakat yang penah dengar, logam seperti besi ni boleh mnyerap tenaga yang ada didalam madu tu, menyebabkan madu tu dah kurang khasiatnya.

    Berbanding dengan penggunaan sudu plastik yang lebih ringan dan tiada unsur tarikan.

    [Reply]

  18. minum madu ngan susu boleh tak??atau x bgs??

    [Reply]

  19. satu lagi,apa kesan klau minum madu secara berlebihan??

    [Reply]

  20. air suam tu maksudnya ape2 air jer atau air suam kosong?

    [Reply]

    anuar Reply:

    Air suam kosong. Baru ada feel manis madu tu.

    Kadang2 best gak kalau makan lempeng nyor cicah madu.

    [Reply]

  21. terima kasih 4 dis info

    [Reply]


Leave a comment

(required)

CommentLuv badge

No trackbacks yet.